Friday, April 23, 2010

Zainurdin pelakon veteren dan juga Jaafar O penyanyi pop yeh yeh meninggal dunia..

salam semua...

sebelum ni, negara kita telah kehilangan arwah yanie, arwah din beramboi dan arwah achik spin...
arini kita telah kehilangan dua lagi artis veteren...
iaitu allahyarham zainurdin dan jaafar O..
Allahyarham Zainurdin, dramatis terkenal dan pernah membintangi filem Ceritaku Ceritamu arahan Allahyarham Datin Saadiah, sebelum ini terlantar koma selama 41 hari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Arwah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.50 pagi semalam (Khamis) akibat komplikasi ‘Sepsis with Multiple Organ Failure’.


arwah Jaafar O pula sekian lama menderita penyakit kencing manis meninggal dunia di Hospital Besar Changi, Singapura, jam 5.14 pagi semalam.

Jaafar O yang berketurunan Madura-Bawean cukup dikenali pada era 60-an dan 70-an di Malaysia dan Singapura. Allahyarham sering mengadakan persembahan diiringi kumpulan The Click Four. Popular dengan lagu seperti Pungguk Rindukan Bulan, Merindu Kasih, Kasih Terpisah, Undanglah Aku, Pinangkan Si Dia, Allahyarham dilahirkan pada 1945.

marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat mereka berdua

AL-FATIHAH

p/s: sumber harian metro

0 BerCeLoTeH: