Thursday, April 29, 2010

KOC khas untuk WANITA sahaja

salam semua..

hah pagi td ada lah dgr pasal KTMB ada sediakan KOC khas buat WANITA ni dalam satu stesen radio ni..
operasinya bermula hari ni kan..hehhe
jadi pasni wanita2 xperlulah nak bersesak2 dalam komuter dengan lelaki...hehhe

Mungkin kerana meningkatnya kes gangguan seksual dalam Komuter yang selalu sesak dengan orang yang hendak ke kerja dan pulang dari kerja, maka pihak KTMB telah menjadikan satu KOC khas untuk wanita sahaja dalam setiap tren komuternya untuk laluan Pelabuhan Klang dan Sentul.

Haha.. macam besh je. Kini berkuranglah kes bergesel-gesel antara lelaki dan wanita dalam kepadatan sebuah tern. kan?

Koc Komuter Khusus Untuk Wanita Bermula Hari Ini
KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai hari ini.


Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.

Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita.

Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.

Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - BERNAMA

0 BerCeLoTeH: