Thursday, April 22, 2010

::Earth Day ::


salam semua


Hari ni genaplah ulangtahun ke 40 tahun sambutan Hari Bumi yang mana mula diperkenalkan sejak tahun 1970. Bulan lepas kita dah pun menyambut Earth Hour...bulan ini kita menapak selangkah lagi menyambut Earth Day.

Pada mereka-mereka yang penah dgr earth day ni tapi xtau makna apa itu earth hour..
mehlah kita kongsi sama-sama
Earth Day ini merupakan hari untuk
MENINGKATKAN KESEDARAN DAN PENGHARGAAN
KEPADA ALAM SEKITAR

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi dan terperinci mengenai sambutan Earth Day ni..
kawan2 semua leh lah lawati laman rasmi ini
http://www.earthday.org/

Jadinya apa yang boleh kita buat sempena menyambut hari Bumi ni?
Setakat ni terdapat 15 cara yang disyorkan untuk menyambut hari Bumi ni iaitu :

Tanam Pokok;
Kitar Semula;
Belajar sesuatu berkaitan alam sekitar;
Kurangkan pembelian barang baru,
gunakan barangan sedia ada
Galakkan kanak-kanak kitar semula permainan mereka yang lama
Bersihkan kawasan dan buang sampah sebetulnya;
Nyanyi, dengar dan hayati ‘Earth Song’
Adakan earth day fair, pameran dan sebagainya;Taklimat, ceramah dan sesi forum mengenai hari bumi;
Memakai warna hijau atau coklat,
badge khas hari bumi;
Galakkan perbincangan mengenai hari bumi bersama kawan-kawan;
Masakan istimewa sempena hari bumi,
makanan segar dari ladang;
Sumbangan kepada tabung atau dana pemeliharaan bumi;
Gunakan basikal untuk menuju ke destinasi yang munasabah;
dan
Sentiasa ingat bahawa setiap hari adalah hari bumi...


SAYANGILAH BUMI KITA


2 BerCeLoTeH:

♥ Che NamNam ♥ said...

salam kenal yer..rasenyer sy pestime singgah kat sini..kiter xchange link yap..

RoSe said...

sji3la..

salam kenal jugak...mari2...jangan ditunggu lagi...chaiyokk...