Friday, April 30, 2010

weeehuuuu...

salam semua...

arini terasa kebosanan...
dengan staff x ramai sbb cuti..
opis pun rasa kosong..
mood nak buat kej epun xder mari..hahha

tadi pun g lunch mkn kfc bedua jer...
mkn lam blk meeting...borak2..hehhe
arini cam kosong jer...xtau dah nak wat apa..

owhh esk ada majlis cukur jambul esha anak kwn aku..hehhe
pasni botaklah esha..huhu..dah kurang comel xder rambut..hikhik
dah hbs majlis...akan terus gerak blk semban...
nak bw barang2 yang mana muat letak lam kete..huhu
nnt nak pindah xderlah byk sgt brg nak bw kan..

ahad lak ada kenduri kawen kwn sekolah en tayob..
jadi mestilah nak kene dtg kan..
sbbnya masa kawen aku dia ada dtg..huhu

jadi tu lah planningnya tuk weekend ni..
jadi citer selanjutnya tguuuuu..hahhaa

Thursday, April 29, 2010

KOC khas untuk WANITA sahaja

salam semua..

hah pagi td ada lah dgr pasal KTMB ada sediakan KOC khas buat WANITA ni dalam satu stesen radio ni..
operasinya bermula hari ni kan..hehhe
jadi pasni wanita2 xperlulah nak bersesak2 dalam komuter dengan lelaki...hehhe

Mungkin kerana meningkatnya kes gangguan seksual dalam Komuter yang selalu sesak dengan orang yang hendak ke kerja dan pulang dari kerja, maka pihak KTMB telah menjadikan satu KOC khas untuk wanita sahaja dalam setiap tren komuternya untuk laluan Pelabuhan Klang dan Sentul.

Haha.. macam besh je. Kini berkuranglah kes bergesel-gesel antara lelaki dan wanita dalam kepadatan sebuah tern. kan?

Koc Komuter Khusus Untuk Wanita Bermula Hari Ini
KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai hari ini.


Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.

Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita.

Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.

Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - BERNAMA

Tuesday, April 27, 2010

Kepenatan....

salam semua...

opss..sorry lah ek..
dua tiga hari ni cam letih sgt2..

jumaat lepas aku blk seremban..
sbbnya utama aku blk pun..ahad ada cukur jambul anak sepupu en tayob..
sabtu lak plan nak g cuci umah...

tu yg rasa penat sgt dua tiga hari ni..
owhh..tuk makluman semua..
xlama lagi aku akan berpindah ker seremban...

jadilah warga n9 lak lepas ni..hahhaha
sebenarnya..aku akan bertukat kerjaya di seremban..
rezeki baru di tempat baru..

jadi skang ni sibuk nak kemas2 umah skang ni nak pindah..
tu yg kepenatan sgt...blk keje dah kene kemas2kan barang umh..

owhh aku akan last keje diopis skang ni sbnrnya 12/5/2010 dan akan mula tugas baru pada 13/5/2010...
tapi disebabkan cuti masih berbaki 4 hari..maka aku akan mula bercuti sebelum resign pada 7/5/2010...
rasa sedih gak lah nak tinggalkan opis ni...
sbbnya aku pun dah berkhidmat disini selama 3 tahun..huhu
xperlah menimba ilmu di tempat baru pulak lepas ni..hehhe

jadi tu sbb aku xsempat nak berupdate blog..sbb kepenatan..hehhe
tapi jgn risau..update tetap update cuma masanya tu xtau bila..hahaha

harap2 korang semua doakan aku ditempat baru tu berjalan lancar ek..heheh

Friday, April 23, 2010

BE MY 19,099th VISITOR

salam semua..




hah masa yang ditunggu...

contest time..tapi ni bukan contest aku ek..jangan salah faham lak..
ni contest dr.faryn yang punya..(ckp cam lam citer ahmad albab)

contest ni cam ikut nasib gak lah...
sapa2 yang jadi visitor yang ker 19,099 dialah pemenangnya..
hah apa tunggu lagi..
mari2 meriahkan contest dr faryn ni..

manalah tau kan...tengah2 jenguk blog dr faryn tu..
dapat lak capture visitor ker 19,099..

hadiah dia mmg semua pompuan akan sukakannya...
memang DEBOOMMMMMMMMM!!!
beg tangan berjenama SEMBORNIA tu..hehhe

sambil2 join contest..dapat gak lah pengalaman sket2 dr blog dr faryn ni..
dia byk kongsi citer dia bertugas sebagai MO O&G..

jadi mari ramai2 jangan lepaskan peluang yg ada..hehhe

pada sesiapa yang nak join kene penuhi syarat-syaratnya..

KLIK SINI


UPDATED...

hahah...td masa g jalan2 kat blog dr fryn ni tadi...tgk hit counter dia dah nak dekat dah dgn 19099..skali refresh..hit counter yang aku dapat dah lepas ngan yang dr faryn nak..sob sob..
xperlah xder rezeki..tp mmg besh..cam semua blogger yang join tu berebut2 nak dapatkan hit counter tu..hahah..tapi mmg best...
pada dokter faryn..nnt leh buat lagi ek contest ni..cam best jer.hehhehe

Zainurdin pelakon veteren dan juga Jaafar O penyanyi pop yeh yeh meninggal dunia..

salam semua...

sebelum ni, negara kita telah kehilangan arwah yanie, arwah din beramboi dan arwah achik spin...
arini kita telah kehilangan dua lagi artis veteren...
iaitu allahyarham zainurdin dan jaafar O..
Allahyarham Zainurdin, dramatis terkenal dan pernah membintangi filem Ceritaku Ceritamu arahan Allahyarham Datin Saadiah, sebelum ini terlantar koma selama 41 hari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Arwah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.50 pagi semalam (Khamis) akibat komplikasi ‘Sepsis with Multiple Organ Failure’.


arwah Jaafar O pula sekian lama menderita penyakit kencing manis meninggal dunia di Hospital Besar Changi, Singapura, jam 5.14 pagi semalam.

Jaafar O yang berketurunan Madura-Bawean cukup dikenali pada era 60-an dan 70-an di Malaysia dan Singapura. Allahyarham sering mengadakan persembahan diiringi kumpulan The Click Four. Popular dengan lagu seperti Pungguk Rindukan Bulan, Merindu Kasih, Kasih Terpisah, Undanglah Aku, Pinangkan Si Dia, Allahyarham dilahirkan pada 1945.

marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat mereka berdua

AL-FATIHAH

p/s: sumber harian metro

Thursday, April 22, 2010

::Earth Day ::


salam semua


Hari ni genaplah ulangtahun ke 40 tahun sambutan Hari Bumi yang mana mula diperkenalkan sejak tahun 1970. Bulan lepas kita dah pun menyambut Earth Hour...bulan ini kita menapak selangkah lagi menyambut Earth Day.

Pada mereka-mereka yang penah dgr earth day ni tapi xtau makna apa itu earth hour..
mehlah kita kongsi sama-sama
Earth Day ini merupakan hari untuk
MENINGKATKAN KESEDARAN DAN PENGHARGAAN
KEPADA ALAM SEKITAR

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi dan terperinci mengenai sambutan Earth Day ni..
kawan2 semua leh lah lawati laman rasmi ini
http://www.earthday.org/

Jadinya apa yang boleh kita buat sempena menyambut hari Bumi ni?
Setakat ni terdapat 15 cara yang disyorkan untuk menyambut hari Bumi ni iaitu :

Tanam Pokok;
Kitar Semula;
Belajar sesuatu berkaitan alam sekitar;
Kurangkan pembelian barang baru,
gunakan barangan sedia ada
Galakkan kanak-kanak kitar semula permainan mereka yang lama
Bersihkan kawasan dan buang sampah sebetulnya;
Nyanyi, dengar dan hayati ‘Earth Song’
Adakan earth day fair, pameran dan sebagainya;Taklimat, ceramah dan sesi forum mengenai hari bumi;
Memakai warna hijau atau coklat,
badge khas hari bumi;
Galakkan perbincangan mengenai hari bumi bersama kawan-kawan;
Masakan istimewa sempena hari bumi,
makanan segar dari ladang;
Sumbangan kepada tabung atau dana pemeliharaan bumi;
Gunakan basikal untuk menuju ke destinasi yang munasabah;
dan
Sentiasa ingat bahawa setiap hari adalah hari bumi...


SAYANGILAH BUMI KITA


Wednesday, April 21, 2010

lunch hour..

salam semua..

haih dah hbs dah lunch hour..rasa kejap jer..
korang semua tau ker apa aku wat masa lunch hour?
arini aku x mkn pun..kenyang mkn roti canani telur pagi td..hahhaa
hah teka2 aku wat apa lunch td??
nak tau ker?? jom intai aku wat apa...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.

hah ni lah aku wat td...dapat gak lelap lam 40 minit...haih segar rasanya....hahahhahha

tima kasih en google atas gambo atas tu..hehhe

Tuesday, April 20, 2010

Weekend

salam semua...

haih...semalam xtau lah kenapa cam malas nak tulis blog..
jumaat malam kan balaik kampung..
sepanjang aku kat kampung x kuar g mana2 pun..
dok uamh jer..menghabiskan masa dengan family jer..

ahad jer pagi kuar g pasar...
sbbnya ahad mak aku masak laksa...adehh...teringat2 lak laksa mak..
pastu lak ptg hujan..
jadi blk lambat sket..
pas mkn malam baru blk..
sampai umah pun lam kul 9.30 malam..

haih bila lagi nak blk kampung..
makan masakan mak ni..hhehhe

p/s: gambar laksa credit to google..

Saturday, April 17, 2010

Al-Fatihah buat Achik Spin..

salam semua...

malam tadi..ngah sedap2 tgk bola MU lwn M.City...
en tayob bukak2 fb..
skali dia ckp...ada mmbr dia post pasal
achik spin meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya dekat LEKAS..



kereta MPV achik terbakar dan beliau meninggal di tempat kejadian...
pastu cari2lah kesahihan berita tu..
ada lah aku jumpa lam kosmo online...
sapa nak tau lebih lanjut...leh klik sini

marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah
buat arwah Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin
semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

ajal dan maut semua Ketentuan Allah...
tidak mengira usia dan pangkat...

Al-Fatihah

Friday, April 16, 2010

En Hubby...

salam semua..

hahah..pagi2 lagi en tayob aka my hubby dah wat lawak..
nasib baik gak lah masa tu aku lom kuar umh nak ke opis..
ngah siap2 nak g opis lah ni...

skali dia call....

en.tayob : ayang dah siap2 keR??
aku : ngah siap2 lah ni kenapa..
en.tayob : leh x kuar cepat sket..siap cepat2..
aku : kenapa lak ni..lain macam jer...
en.tayob : tolong belikan minyak motor..isi lam botol..cepat sket ek..b dah lambat ni...
aku : (gelak) lor..apasal x isi dulu...ni main naik jer..
en tayob : xpasan minyak nak hbs..
aku : hah yerlah2 nak siaplah ni..b kat mana ni
en.tayob : kat simpang keramat ni hah kat kedai byk2 tu...
aku : ok2...jap g ayg sampai..
en.tayob : cepat tau...
aku : yolah sayang..sabo2..

aku pun dengan cergas siap..
nasib baik mmg ngah siap..
dah siap..cari botol nak isi minyak...
dalam kepala dok pk gak kat mana nak isi ni..
teringat lak petronas kat bkt antarabangsa tu..
apa lagi ngan sepantas kilat aku bawak kete cam F1..hahaha

dah lah xpenah isi minyak lam botol..hahah
cam lawak pun ada...
dah isi minyak..apa lagi..
g kat en tayob dah menanti penuh kepasrahan dan kesabaran..hahaha

dah isi..siap ucap tima kasih lagi..hahah..
dah tu dia pun berlalu menuju ke tempat kerja dia..
aku lak terus ke opis...

ni lah ceritanya..lawak ke x??
tp bagi aku lawak...dah nyanyuk dah upanya en tayob ni..haha
nasib baik dekat gak ngan umah..
dia buatnya jauh,,huhuhu...
bak kata nabil...lu pikirlah sendiri...

balik kampung..

salam semua...

arini xtaulah kenapa rasa ngantuk sangat..
nasib baik lah masa lunch arini lama sket..
dapatlah lelap kejap walaupun xlama...

owhh arini aku nak blk kmpg tg malim..
rasa cam dah lama xblk tg malim
asyik blk semban jer..hakahakhak...

sbbnya mak angan abah aku turun kl bulan lepas..
jadi dah jumpa dorang,,tu yg x blk ke tg malim..
blk semban pun tiap2 minggu ada hal..
nak buat camne..

jadi mlm ni dapat gak blk tg malim...
rindu ngan masakan mak...
rindu ngan mak.abah ngan adik2..hehhe

ahad baru blk ke kl semula...
jadi weekend ni aku akan berada di kampung..yeahaaa...
jom blk kampung...hehhe

Thursday, April 15, 2010

Bayi Meninggal Tercekik Bebola Ikan...

salam semua...

masa ngah baca berita metro online td..
berita utama mengenai seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut tercekik bebola ikan..
meninggal bukan masa jagaan keluarga tetapi di taska...
adehhh...bebola ikan tu lak sebesar ibu jari..

kawan2 semua bayangkanlah..
xkanlah penjaga taska tu xleh nak pk..
bayi yg usia 9 bulan leh ker nak makan bende2 yg sebesar ibu jari tu..
makanan tu lak ada menu makanan pagi kat taska tu..

xkanlah semua sarapan sama tuk peringkat umur..
cam xlogik jer...adoi..
bila dah di beri kepercayaan menjaga anak orang..
leh lak dia buat camtu..
xterpk ker kalau anak dia pun diberi mkanan sebegitu..ish..

kalau nak baca detail...klik sini

Wednesday, April 14, 2010

First Day

salam semua...

alhamdullillah..
arini my hubby en tayob dah pun memulakan kerja di tempat baru...
semoga dia happy dan lebih berusaha lagi kat tempat baru..

arini pagi2 lagi dah bagun..
katanya excited nak g kej ekat tempat baru..
biarlah sampai bila2 pun camtu ek syg..hehhe

tp arini dia ada training dulu..
kat area shah alam...

ayang doakan semoga b success keje di tempat baru..
keje dalam happy2 ek..hehhe


Tuesday, April 13, 2010

Hari Merapu Opisku

salam semua...

aktifkan diriku dengan menulis blog..hahaha
adehh..cam iklan hotlink lak kan...
cam glemer sgt..sampai ada iklan2 khas lak..

ok2..ni baru ada masa nak citer pasal hari merapu opisku..hahah
sebenarnya plan nak g main bowling kat kl 3/4/2010 ari sabtu..
tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan...
kekurangan peserta..maka terpaksalah buat ari ahad..

tapi event ni x buat kat kl..
kene buat kat semban..
sbbnya ada staff dr semban xleh lak nak turun kl..
asalnya event ni dia yg plan..
jadi cam x best lak kan..dia x join..
jadi kami semua telah sepakat turun semban...

tapi aktiviti bukan setakat bowling saja..
ada juga bbq di rumah kawan tu kat semban..hahhaha
menambahkan aktivitilah kan...


kitaorang sampai semban lam kul 9 lbh..
aku ngan en tayob gerak dari umah mak mertua..hehe
yang lain2 dari kl..

kitaorg berkumpul lam kul 10
mula2 ingat nak main kat seremban parade..
masa call ckp leh walk in..
skali sampai ada tournament lah pulak..
jadi gerak lah ke JJ semban.

sampai sana pun ada jugak..
jadi kene tgu giliran lah pulak..
sementara nak tgu giliran..
dorang2 ni g main game lah..
g karoke kotak kecik lah..hehhe
mengisi masa lapang yg ada...

jadinya lam kul 12.30 barulah tiba giliran kami...
jadi ni lah antara muka2 yang main..
ni pun ada yang xder sbb g amik kasut kat kaunter..hikhik


xramai pun..ada lah lam 10 orang..
ni plan suka2 jer..
pas dah main2 bowling..
g umh sorang staf ni kat semban..tuk bbq lak..

hah bawah ni lak..yg laki2 ngah sibuk nak nyalakan api tuk jadikan bara..ehhe
macam2 peel ada masa ni...kelakar..best


jadi skang ni masanya tuk membakar ayam2 tuk santapan..hehhe
kusyuk jer masing2 membakar sbb dah kelaparan..hahaha
apa lah yg en tayob mkn tu..sempat lagi tu..
tu mmg dah tahap lapo sangat lah tu..ahha
sian .........

hah yg bwh ni lak..
sesi selepas mkn...tgu nak bg hadiah lak..hehhe
walaupun acara suka2 dan berseronok...
tetap ada adiah tau..
walaupun adiah tu kecil...tapi bermakna gak..hehe

tgk masing2 dah bersandar kekenyangan..lalala


ni masa aku amik adiah...
comelkan adiah tu..hehe
aku dapat no 5 dari 9org...oklah kan dari xder langsung..

en tayob lak dapat no 3..siap ada patung bear lagi..hikhik

Add Image
ni lak akhir sekali..gambar kenang-kenangan...
semua gembira dapat adiah dan juga mkn..lallaa
jadi pasni leh buat lagi...hehhe..

berakhirlah cerita hari merapu di opisku..lalala
ni yg seminggu tertanggu nak citer sbb penyakit M melanda diriku,..hikhik..
jangan marah ekkk...



Monday, April 12, 2010

Sabtu yang memenatkan...

salam semua..

adehh..lamanya xupdate blog...
xtaulah kenapa sejak dua menjak ni...
rasa malas tul nak update..
ada jer citer nak buat..
tapi bila nak taip tu jadi malas...
sorry ek kawan2...

owhh sabtu yg baru berlalu ni adalah hari yang amat memenatkan aku...
sebenarnya sabtu tu aku ada exam spa...kat MARDI-UPM
aku kuar umh kul 7 pagi...
kononnya nak elak dr jem..kuarlah awal2...

sebenarnya dah janji ngan kwn aku ni..kak ira
tgu kat shell pas tol sg besi..
bila dah sampai...tgu kak ira jap pastu baru gerak...
dr umah sampai tol sg besi..alhamdullillah xder masalah..
jalan xder jem..lengang jer...

sekali sampai kat tol UPM tu..
adoii tgk kete dah berderet2 dah..
skali pas traffic light pas tol tu..
jalan dah jem giler dah nak masuk UPM
ni semua nak g exam tu lah..
adoii..masa tu lam kul 7.45 masa aku sampai lepas tol tu..

jalan pun sket2..naik lenguh kaki walaupun naik kete auto..
bayangkan yg naik manual..adehhh
kalau aku dah nangis dah...baik patah blk...hahahha

korang bayangkan dr kul 7.45...aku sampai tempat exam kul 9.30
masa tu takut dah xsempat dah sbb exam start kul 9
skali sampai2 ramai lagi yg baru sampai gak..
jadi org spa tu tunda exam lambat sket..
nasib aku baik..masa sampai lom mula lagi..huhuhu

jadinya jawablah segala exam2 tu..huhu
blk pulak dengan dah letih otak memikir jawapan..
nak kuar serdang xjem..
tp kat tol tgk dah jem..
upanya mlm tu ada perlawanan bola n9 lawan kedah..
adoii...masa ni lah semuanya nak buat..huhu

kul 5.45 aku kuar dr tempat exam..
kul 7.30 baru sampai umh...
bayangkanlah keletihan yang aku tanggung...ngan baru pas jawab exam lagi..huhu
jadi tu lah citer sabtu aku yang mmg memenatkan..huhu
xtaulah berapa ribu yg dtg periksa masa tu..huhu

Wednesday, April 7, 2010

MC....

salam semua...

dari isnin nak update blog tapi penyakit M dah dtg...
adehhh...kenapalah penyakit tu dtg skang ni...

sebenarnya nak citer apa yang aku buat weekend aritu..
nntlah pas aku upload gambo ek..hehhe
nnt aku citer detail ek...sabar..

sebenarnya arini aku mc..
sebabnya sakit perut cirit birit...
setiap 2 jam g toilet....sampai naik letih..hhuhu
nasib baik doc bg mc...
leh gak rehat2 kat rumah...

xtaulah apa yg aku mkn sampai kene cirit birit ni...
seksa nak ulang alik ke tandas..huhuu
tp skang ni dah ok sket pas mkn ubat..

jadi esk akan kembali bekerja seperti biasa..
maybe esk kalau berkesempatan update blog nnt aku update ek..hehhe

oklah nak sambung tgk tv...
daaa~~

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Perginya Tak Kan Kembali...

salam semua..
pagi ini kita semua telah dikejutkan dengan kehilangan yang amat besar seorang dj dan juga pelawak Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad B. Mior Badri,43 tahun.
arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 malam...bersamaan jumaat 2 april 2010..arwah meninggalkan kita semua selepas menghidap demam denggi berdarah dan bukan sepertu yang disebarkan terkena virus kencing tikus...

aku sedih juga apabila teringatkan permata seni dalam lawak telah perg meninggalkan kita..
tapi itu semua adalah ketentuan tuhan..dari DIA kita datang..dan dari DIA jugalah kita pergi..sesungguhnya ALLAH lebih menyanginya..
terasa seakan baru saja melihat aksi dah telatah arwah dalam raja lawak..

salam takziah buat keluarga arwah din beramboi..semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..

marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah..