Sunday, February 28, 2010

Keluarga Mifzal Arsyad Giveaway.. ~ Sticky Mode~ ENTRI BARU DIBAWAH

salam semua..

ngah dok belek2 blog sendiri..
skali ternampak ada yang menegur sapa dalam shoutmix den tu hah..hehe
skali bukak lah link blog akak tu kan..

skali baca2 blog keluarga mifzal arsyad ada lak giveaway..
jadi saja lah nak mengisi masa lapang yang ada ni kan..
jadi teringin lak nak join..

ni give away kedua yang aku cuba..hehhe
ok jom tgk syarat2 penyertaan..hikhik
kot2 ada yang nak cuba kan...

giveaway ni mama mifzal buat adalah bersempena dengan blog keluarga mifzal arsyad dah ada domain baru..
TAHNIAH buat mama mifzal sbb dah ada domain baru..

jadi xsalahkan kalau saya nak mencuba giveaway ini..hehhe

1). Terbuka kepada kawan-kawan blogger sahaja
- ohh saya pun blogger

2). Wajib menjadi follower & senaraikan blog Keluarga Mifzal Arsyad di dalam bloglist memasing
- ok dah jadi fllower dan dah add lam my lovely blogger..

3). Buat satu entry di blog memasing mengenai giveaway ini.
- ok ni entrinya...

4). Pamerkan banner Blog Keluarga Mifzal Arsyad di dalam entri tersebut.
- di bawah ini banner blog


5). link back Blog Keluarga Mifzal Arsyad
- ok dah link

6). Tinggalkan link penyertaan kawan2 di entri ini..link yang ditinggalkan di entri lain tidak diambil kira.
- ok dah tinggalkan link...

7). Hadiah ditentukan berdasarkan kepada cabutan bertuah yang akan dilakukan oleh Mifzal Arsyad & Abah Mifzal
- doa2lah mifzal dan abah mifzal cabut untuk auntie ek..hehhe


Hadiah-hadiahnya ialah :


Hadiah Cabutan Bertuah Pertama - 1 set Cadar Fantasy Saiz Queen
Hadiah Cabutan Bertuah Kedua - 1 set Cadar Fantasy Saiz Single


Tempoh Giveaway ini adalah :
15 - 28 Februari 2010



Wednesday, February 24, 2010

Label..

salam semua..

adehh naik juling mata aku ni..
sebelum ni entri2 sebelum ni mana ada label setiap entri..
tapi arini baru tergerak nak buat...

yerlah dah byk entri baru nak wat..
padan muker kat diri sendiri..
sebelum ni xtaulah naper xletak label tu..hahah

tp bila dipkkan blk...nnt sennag nak cari entri..
xderlah nak kene scroll byk2 entri lepas..
akhirnya siap gak aku wat label tu..

jadi pasni kat lam blog aku korang2 semua akan nmpk label..hehhe
dah berkurun wat blog baru nak letak label..hahaha
lawak pun ada..hehhe

Asam Jawa Kepala Biawak

salam semua..

korang semua ada baca x hmetro arini...

yg ada ibu muda jumpa kepala biawak dalam asam jawa..

eiii geli aku tgk..huhu..silap2 asam jawa yang ada kat umah tu aku buang jer pasni..

geli lah bila dok pk2 blk..ishhh

jadi pk2 kan lah sebelum memasak guna asam jawa tu..huhu

kalau nak tgk lagi detail..

si baca di bawah ni..

credit to : harian metro online

www.hmetro.com.my


JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

JIJIK...kepala biawak yang ditemui dalam asam jawam, semalam.
JIJIK...kepala biawak yang ditemui dalam asam jawam, semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.


Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.


Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.


“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.


“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.


Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.


Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.


Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.


“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

Tuesday, February 23, 2010

Kenduri Kahwin Mak Sedara

salam semua...

haih..arini selasa baru nak citer apa yang berlaku hari ahad..
bukan apa...sebenarnya semalam xsempat nak citer sekali harung pasal weekend..

jadi aku citer lah arini..ehehe
xsalah kan..janji aku ada citer..

ahad tu ada kenduri kawen kat umah tok sedara aku..
kat taman melati...jadi yang kawen ni tentulah mak sedara aku..
jadi kitaorg pegi awal sket lam kul 11 pagi..
sbb abah ngan mak ngan jumpa ngan sedara2 lain..
ada yang dtg dr perak ngan penang..
bukan slalu dapat jumpa ramai2 camne ni..
tu yang abah dtg awal sket..


hah ni masa kitaorg sampai2 ..
tgk2 pengantin pompuan ni ngah dok posing2..
jadi sempat gak lah aku snap gambo pengantin ni...


hah ni lak baju kedua dia tukar...
sempat lagi tu dok posing2..tukar2 baju..
padahal jam dah kul baper dah masa tu..
mesti pengantin letih..hehhe
tapi muka pengantin ceria jer..hahha



hah ni lah rupa pengantinnya...
sama comel sama padan..hehhe
dorang sanding lam kul 1.30..
xderlah lambat sangat..hehe

tapi kenduri mak sedara yang ni kira meriah gak
ramai tul org yg dtg...
sanak sedara pun ramai yg turun..
tu yg best tu..
masa kenduri2 ni lah baru dapat jumpa camne...

hah ni lah antara sedara2 yg ada...yang lain lupa nak snap..ehhee

kitaorang gerak blk lam kul 2 sbb abah ngan mak nak hntr lak adik fahmi adik no 5 blk ipoh
blk asrama....pastu nak blk tg malim blk..
huh msti penant dengan jalan jem lagi...

aku ngan en tayob pun gerak blk sama..hahha
blk umah rehat2...tdo2 sbb perut dah kenyang..hahah
apa2 pun..

SELAMAT PENGANTIN BARU
MAK LANG DAN PAK LANG..

Monday, February 22, 2010

Makan @ Chicken Rice Shop

Salam semua...

ermm..camne cuti2 weekend semua..
aku xder yang menarik sangat pun..

sabtu pagi tu...kitaorg dok2 umah jer..
kemas2 umah mana yang patut..
ptg baru kuar g carrefour wangsa maju..

nak beli bahan2 basah tuk umah..
stok lam peti dah kehabisan..
lagi pun family aku nak dtg..
sbb nak kene g kenduri umah tok sedara kat melati ahad tu..
jadi family aku dok umah aku dululah sabtu tu..

ptg sabtu tu baru kitaorg kuar lam kul 2 lbh..
first tujuan yg kitaorg g..
chicken rice shop...

en tayob teringin sgt nak mkn..
lagipun tgahri tu mmg aku x masak..hahha


kitaorg mkn set twin delight...
gambar kat atas tu crdt to hot-screensaver.com
sbbnya aku xsempat nak amik gambo mknan...haha
sbbnya masing2 dah kelaparan...hikhik

pas dah mkn2..baru g jalan2 beli barang apa yang patut...
lam kul 4 lbh kitaorg blk..

dah blk tu..dok rehat2 tgk tv..
mlm baru aku masak...hehhe..
jadi tu lah yang kitaorg wat masa ari sabtu..


Friday, February 19, 2010

The Lost World of Tambun...

salam semua...

hah ada yang teka betul x??
destinasi kami selepas cameron..hahha

hah ni lah destinasi kami tuju selepas turun dari cameron...
kami ke the lost world of tambun..
xpenah sampai sini lagi..
ni lah first time kitaorg sampai..

tempat dia mmg best lah..
kalau bw anak2 mandi manda..
tgk macam-macam haiwan..hehe
ada pertunjukkan harimau..
macam2 lagi lah ada lam tu..

harga nak masuk sini
dewasa : RM 30
kanak2 : 24 (below 12)
kanak2 bawah ketinggian 90 cm : FREE



kitaorg sampai sana lam kul 12 lbh..
sbbnya check out awal kat cameron..
asp jalan2 lam taman bunga rose..
terus gerak ke sini..hehhe

sbb takut x sempat nak pegi jelajah dalam tambun ni hah..
jadi kami sampai2.. g mkn dulu..
maknan luar tidak dibenarkan masuk..
jadi kami pun mkan dalam tu..
dah hbs mkn baru mulakan perjalan..hehe


besar gak lah kat dalam tu..hehhe
macam2 ada lah..
mmg hepi jer dok dalam tu..
rasa tenang..hehhe


ptg lak kitaorg sempat naik kapal pirate yang dok berayun2 tu..
bestgak lah..
asptu main gelongsor yang buatkan jantung aku nak tercabut pun ada.hahha
first time naik..
seram gak lah..tapi mmg best..


hah ni jerlah koleksi gambar2 yang ada..hehhe
gambar lam air lgsg xder..biasalah kang hbs rosak lak tpon aku kan..
jadi simpan lam peti besi yang disediakan..haha

kitaorg gerak kuar tepat2 bende tu semua dah tutup...
lam kul 6 ptg...
jadi pas keluar dr sana..
kitaorg pun blk kmpg belah aku lak...kat tg malim..
kiranya xderlah jauh sgt..
jadi menghbskan cuti di kmpg halaman pulak..

jadi tulah citer sepanjang aku bercuti hujung tahun lepas..
macam2 aktiviti dan tempat kitaorg pegi..
mmg puas ati lah dan rasa sonok skali cuti...

aku masuk keje blk 4 jan 2010...
rasa otak pun lapang x pk pasal keje..hahhaha

jadinya dah hbslah hutang yang aku nak kene citerkan pada kawan2 semua..heheh
fuhhh legaaaa rasa..hahhaa

Cameron Highlands...Day 3

salam semua...

ok2 meh sambung lagi citer kat cameron ari ke 3
last day kat cameron ni kitaorg g kat rose garden..

mmg mata terpaku tgk bunga2 rose yang cantik dan berbau wangi tu...
cantik sgttttttt...i like..hahhaha
byk gak gambo tgkp masa kat tmpt bunga rose ni..hahha




hah ni lah antara bunga2 yang telah di ambil gambo..
nak petik xleh..tgk gambo pun jadi lah..heheh


aksi2 di taman rose..hehhe
kalau boleh dengan semua jenis bunga nak tgkp gambo..hahha
yang paling xtahan tu..
leh en tayob g pegang bunga letak tepi tinga cam gambar kat atas tu..
mmg caw2 kene gelak lah..hahha
tp cam comel pun ada..hahha (puji laki sendiri lah pulakkan)


kebanyakkan gambo kat taman bunga rose tu byk gambo aku ngan bunga2 jer..
en tayob x mo posing lbh2..hahha
last2 ku lah model x bertauliah itu..hahhaha
dah kata nama pun rose..hahahha

jadinya ni lah tempat terakhir kitaorg pegi masa kat cameron..
best sgt rasa cuti2 d cameron..

tp kitaorg x terus blk umah tau...
kitaorg g adalah satu tempat kat ipoh tu..
hah yang tu nnt aku citer lain entri ek..hahah
suspen x??hahhaa..ala agak2nya semua pun leh agak aku g mana lak pastu..hehhe

Thursday, February 18, 2010

Cameron Highlands...Day 2

salam semua..

ok meh sambung citer kat cameron..
ni masa ari kedua..hehhe

pas lunch dekat2 dengan hotel tu..
kitaorg gerak g ladang teh boh lak..
kitaorg pegi yang dekat tanah rata..

jalan nak masuk tu punyalah kecik..
siap kat simpang2 bunyi2kan hon lagi..
takutlah mana yang tgh laju tu kan..
bahya..


hah yang ni masa dah sampai ladang teh tu..
masa sampai nasib baik x panas lagi..sebab pagi lagi kan..
tapi org dah ramai dah kat ladang teh tu..

masa nak naik puncak teh tu..adoi..
mengah dibuatnya...
xlarat aku nak naik..
en tayob dah gelak2 tgk aku dok tercungap2 nak naik atas tu..
tp lam masa sama dia bg kata2 semangat nak suh aku sampai gak kat atas tu..
kalau naik ari2 mau berkilo2 berat aku turun..hahah
ada beberapa family gak leh pintas aku...ahhaha
biasalah dah laam x bersenam..tu lah padahnya...


masa dah sampai atas tu..siap mengah2 x terkata..
laju tul jantung aku berdegup..huhu
rehat2 jap sambil pandang sekeliling...

siap posing2 sakan aku ngan en tayob kat atas tu..hahah
tp sampai atas..ngan angin sejuk dia..
mmg best lah..
berbaloi2 aku sampai kat atas tu..hahaha

masa nak turun laju jer aku turun..x cam masa nak naik..
pastu gelak2 pada yang baru nak naik..yg dok cungap2 cam aku td...
en tayob gelak2..dia siap ckp lagi..
"camtu lah ayg td..haha" ampeh jer kenekan aku blk..hahha

kitaorg turun..g lak kedai teh...
belilah sedikit teh tuk family, family mertua..hehhe


pastu kitaorg g lak taman lebah..hehe..saja jalan2 mana yg ada..
pusing2 lam taman lebah...
siap main rumah sesat lagi...
pastu jalan2 tempat lain lak..
ada taman rama2..



nak dikatakan hampir semua tempat kat cameron tu kitaorg pegi..
sebenarnya byk lagi gambo..tp lam hphone en tayob..
sebabnya tpon aku dah hbs bateri..
skali tpon dia rosak lak..
hbs gambo2 lam tu...

gambo ngan stawberry pun xder dah..hukhuk..
tp pegi cameron aritu xleh nak petik pun buah stawberry..
sbb bukan musim..buah baru nak membesar..

tp mmg puas hatilah jalan2 kat cameron..
dr tanah rata sampai brinchang sampai mana lagi ntah kitaorg dah pegi..
sampai setiap stawberry park kitaorg benti..hahahha

oklah hari ke-3 d cameron akan menyusul kemudian..
tuuuuuuuuuuunnnnggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!


Cameron Highlands...Day 1

salam semua...

akhirnya aku citer gak pasal entri ni...
adoii..dah basi giler dah citer ni..
citer tahun lepas punya...
tapi tahun 2010 baru nak citer..
tp tetap gak nak citer..hikhik

sebenarnya dari sehari ke sehari nak masukkan gambo lam pc ni..
tp xbuat2 tu yg sampai kesudah xder citer pasal ni...
oklah disebabkan gambar yang terlalu byk..
jadi citer ni akan jadi episod2..hahha

oklah jom bercerita dari gambo..
nak ingat blk tanpa gambo..
kompem x ingat dah..
dah kata citer tahun lepas..hahaha




hah ni masa otw nak ke cameron...
gerak dari kl pagi..tp xpagi sgtlah..
masa nak g sana..byk gak kete nak ke sana..
maklumlah cuti sekolah kan...

pastu ada gak terbaca blog kawan2 lain yg ramainya pun g bercuti d cameron..
hakhak..tp xderlah jumpa pun blogger2 kat sana..hehe..
kalau jumpa pun cam lah kenal kan..
ingat artis ker..hehehe

cam biasa en tayob yang drive..
aku dok sebelah jer..hahha
kitaorg sampai cameron tu lam kul 2 lbh kalau x silap..
xingat dah..hikhik



sampai2 sana..g check in hotel dulu...
kitaorg menginap kat flora de cottage kat brinchang..
harga satu malam lam rm 70 kalau xder tingkap...
mlm pertama tdo bilik yang xder tingkap..hahha..

xbernafas rasa xder tingkap..tp nasib baik tuk tdo jer..
esknya minta tukar blk yang ada tingkap..
nasib baik ada kosong lagi..
jadi harga semalam lam rm90..tambah rm20..

ala tgl pun bedua jer...tu yg blk pun ala2 jer...
tp hotel pun ok lah..bersih dan kemas..
cam gambar kat atas tu lah..
hah setiap sudut kalau leh nak amik gambo..hahha



ptg lak perut pun lapo..
jadi kitaorg g lah kat kedai stawberrymoment ni..
ala selang baper hotel jer dr tmpt kitaorg..dekat sgt..


hah ni lah mkanan aku..juice stawberry yang masam-masam manis...tp masamnya lbh lah..hahah
kata stawberry ori...
pastu ngan apa ntah nama tu aku pun lupa..hahaha
tapi mmg sedaplah...berbaloi2..



hah yang ni lak makanan en tayob..
fish n chip ngan air chocolate apa ntah..lupa jugak..
jadi bersantapanlah kami dengan girangnya sbb dapat mkn stawberry..
walaupun baru jer sampai..hahaha


hah ni lak pandangan dari luar kedai...ada jugak jual chocolate lam kedai tu...
en tayob ada beli gak lah..
buat bekalan mkn lam blk lak..hahhaa



hah malamnya pula..
kitaorg g pasar malam kat brinchang..
xjauh pun..kitaorg pegi jalan kaki jer...
mcm2 ada kat pasar malam tu..
jadi rambang mata...
sempatlah rembat 2 helai baju cameron wat kenang-kenangan..
dan macam2 brg lain..
korang pun leh tgk apa yg kitaorg borong..hahaha

oklah nanti sambung entri day -2
pusing2 cameron lak..hehhe

Wednesday, February 17, 2010

Selamat Pengantin Baru..

salam semua..

hah meh nak sambung entri lagi...
arini maybe akan ada byk entri..tp auto publish sampai ke malam rasanya...
nnt xder citer lak kan...xpun sambung ke esk hari..haha

bila dah ada citer byk lak nak citer..
bila xder..sampai x tau nak taip apa..hahha

oklah ni masa raya cina aritu..
kawan kepada en tayob kawen..
kawan sekolah en tayob..
masa majlis tu..ramai lah jumpa kawan2 sekolah en tayob..

dah kira cam reunion lak rasa..
siap sampai leh bukak satu meja..dok gosip2 dan bercerita masa sekolah dulu2..
kami2 ni si isteri dan suami yang bukan satu sekolah...dgr jer lah..
kami lak borak2 kosong..hahha

tapi mmg best lah kawan2 en tayob..
semua pun cam gila2..hehhe

ok jom tgk ada sket gambar..
xbyk pun..dah dijadikan satu gambo..hikhik


atas tu bergambar ngan dak sekoah en tayob..mas dan tunang..
xlama lagi mas lak..hehe
gambar bwh semua gambar pengantin..

SELAMAT PENGANTIN BARU
LIZA & SUAMI

semoga kekal hingga ke akhir hayat
dan dikurniakan zuriat2 yang comel..

Makan - Makan

salam semua..

hahha..aku dah mula bekerja arini..
tp biasalah kan..dah lama bercuti..malas tul nak g keje arini..ahaha
ala semua pun camtu kan..tul x??tul x??

skang ni byk entri tertangguh yang xtau nak mula mana dulu...
hutang entri tahun lepas pun ada lagi..adoiii
ermm oklah skang ni kita mula dulu ngan yang latest...hahah
pandai kan aku nak ngelat wat entri2 lepas...hahha

oklah mlm 14/2/2010
adik aku no 3 belanja makan...
belanja sempena besday aku dan adik no 4 yg jatuh bulan feb ni..hikhik
alhamdullillah..semoga rezeki adik no 3 ni ( daus) bertambah2 hendaknya..aminn

semua adik beradik ku ada kecuali yg no 2..
sebab dia xleh nak blk sbb keluarga mertua dia lak dtg umah dia..
jadinya tu sebab dia xder malam tu..
kalau x semua keluarga ada..
sejak dah kawen ni..dan adik belajar2 ni..
susah tul nak dapat kumpul satu keluarga..huhu
nak wat camne kan..

hah atas ni lah antara mkanan yang kami order..
biasalah bila keluarga dah besar..
mknan pun mesti byk..hahha
antara makanan yang ada :

nasi putih
tom yam
ikan siakap masak 3 rasa
ikan siakap masa stim
ikan pari bakar
sayur kangkung belacan
sayur kailan ikan masin
telur dadar
sotong goreng tepung
air buah

hah mesti korang terluirkan..
aku pun cam nak mkn lagi...hahahha

hah nilah antara adik beradik...mak dan abah aku..hehhe
tgklah masing2 dah besar2..hehehe..
yang paling bongsu pun yang pakai tudung pink..
dah besar pun dah..hehehe

jadi malam tu kami kekenyangan...
tima kasih daus belanja makan..
nanti leh belanja lagi..hehhe


Friday, February 12, 2010

Selamat Bercuti...

salam semua....

selamat bercuti panjang kepada semua rakan-rakan blog..
aku cuti sampai selasa jer..
al-maklumlah company melayu...xkan nak amik cuti panjang lak kan..
tp arini pun dah kira bagus bos kasi blk awal sejam...

pada kawan2 yang berbangsa cina...
SELAMAT TAHUN BARU CINA..
semoga perayaan tahun ni bermakna buat semua..

pada yang akan pulang ke kampung..
hati2 semasa memandu...
ingatlah org tersayang..
rancang perjalanan kalian semua...

mlm ni aku nak blk semban..
esk ada kenduri kawen kawan en tayob
cuti2 ni biasalah byk jemputan kawen yang kene hadir
maybe sampai ahad aku akan berada di semban..

ahad ptg lak aku akan ke tg malim..
dah kawen kene lah sama rata kan..hikhik
nasib baik lah dua2 belah xjauh...

jadi jumpa kalian semua pada ari rabu...
kalau ada kesempatan dan internet nnt..
kalau ada masa,aku akan update blog ni....

oklah semua....
SELAMAT BERCUTI..............

Selamat Pengantin Baru..

salam semua..

sabtu lepas..aku ngan en tayob g kenduri kawen kawan kitaorg..
kenduri kat jelatek..xjauh pun dari umah..
ni majlis sambut menantu..sebeb kat belah lelaki kan..

tema kaler pengantin ni gold..hehhe
kitaorg sampai lam kul 1..
pengantin berarak dalam kul 1.30

siap en tayob g merenjis pengantin lagi..hahaha

oklah apa2 pun..
selamat pengantin baru kepada wan dan isteri..
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...


hah ni lah pengantinnya...gambar di ambil jarak jauh..


hah barulah nampak jelas pengantinnya tu..
sama cantik..sama padan..




owhh..ni kawan chatters kitaorg..abg ayip
dah lama kenal..hehhe..
jumpa dia skali masa aritu..


Teringat..

salam semua..

owhh..lama rasa x update..
skang ni xtau lah kenapa..
mood tu kejap ada kejap xder..

hah ni pun sbb terasa bersalah lak x update blog yang comel cam tuan punya blog..hahaha ( sila muntah hijau ek)
owhh mesti korang semua dok pk2 kan aku ni dok teringat apa lah kan..

sebenarnya aku dok teringat...
lam bulan ni lah sepatutnya due aku tuk bersalin..
kalau aku masih mengandung...
sedih tu tetap ada..
tp xperlah aku pun dah redha...
tp teringat2 tu biasalah kan..heheh


xperlah mungkin rezeki ku d lain masa..
chaiyok2...berusaha tangga kejayaan..hahhaha

Friday, February 5, 2010

Tahniah Jaja & Ijam

Salam kawan2 sekalian..

Entri ni khas buat Jaja dan ijam..


kini kedua-duanya telah bergelar daddy dan mummy..
tahniah atas kelahiran little angel princess

Qaeesha Qatrieyna Azrulnizam

baby esha telah dilahirkan pada 28/1/2010 secara normal(induce 3 kali) dengan berat 3.2kg di hospital ampang..

muka baby esha fotostat muka daddy dia..hikhik

insyaallah ahad ni aku ngan en.tayob dan kawan2 lain nak g tgk baby esha..
baby esha tunggu antie ngan uncle yer...